Friday, October 5, 2018

RF inj utk sakit sendi pinggul

Sekadar Perkongsian:

Alhamdulillah. Suatu miracle  telah berlaku dengan izin Allah. 5 hari nak tidoq stress sbb sakit sangat bila nk baring. Tak boleh nak kalih kiri kanan  semasa tidur ssb teramat sakit. Bangun dan duduk amatlah sukar. Nak ambik air sembahyang akan basah satu baju sbb tak boleh nak  tunduk wpun sedikit . Nak sembhyg, waktu sembyang duduk, sujud ambik masa sbb menahan sakit. Berdiri lama2 setempat pun sakit sbb kaki menahan beban badan.Berjalan mcm robot. Bila berckp dgn orang lain fokus hilang sbb tak leh beri tumpuan.Fokus pi pada tempat sakit. Paling menakutkan tiba2 badan jadi senget sbb otot badan tertarik sgn sendiri. Tetapi dgn izin Allah semuanya HILANG.

5 hari kebelakagan,  hidup tak seperti orang. Akhirnya HILANG dengan IZIN ALLAH  puncanya
sakit kt pinnggul. ALHAMDULILLAH RF INJECTION  DONE BY PROF NIZAR. ITS REALLY AMAZING..

Pesanan dari Doktor kalau boleh JANGAN DATANG LAGI kalu boleh. Patient ramai tak mendengar kata .Ingat 5 perkara ini:

1. Jgn pulun buat kerja posture badan tak bergerak (cth. duduk yg lama)

2. Mahu tak mahu, mesti kuruskan badan๐Ÿ˜๐Ÿ˜ฌ

3. Mkn suppliment sendi ( Dr bagi katanya yang terbaik)

4. Excercise jgn lasak, berlari marathon tak boleh. Berjln sahaja.

5. Buat kerja jangan kelam kabut. Buat dalam keadaan santai ttp KPI capai. Maksudnya buatnya perancangan awal, elak keadaan tergesa-gesa.

Sekadar perkongsian, utk kebaikan kita bersama.  Kalau boleh cuba elak sakit macam ni sbb akan hilang  nikmat hidup sekiranya tak mengawal dari awal. Ok sekian info sihat pada pagi nii๐Ÿ˜๐Ÿ˜face book

Tuesday, June 19, 2018

Sakit Cakera Diskogenic
(Sakit belakang yang sering berlaku tapi jarang diketahui umum)

Sakit cakera discogenik merupakan salah satu penyebab utama sakit belakang yang kronik. Mungkin tidak ramai yang tahu akan istilah ini tapi anda perlu tahu bahawa sakit ini merupakan salah satu penyebab utama sakit tulang belakang yang jarang di beritahu.

Sakit cakera discogenic adalah  berpunca dari dalam cakera itu sendiri. Cakera mungkin nampak normal tanpa tanda tergelincir dari siasatan MRI, tetapi kesakitan masih boleh berlaku didalamnya.

Kajian dilakukan mendapati bahawa insiden penyakit ini dikalangan pesakit tulang belakang yang kronik ialah 35 peratus. Walaupun penyakit ini peratusnya tinggi berbanding dengan penyakit tulang belakang yang lain, diagnosisnya jarang ditemui dalam rawatan doktor kerana beberapa sebab. Antaranya ialah kerana pesakit selalunya datang dengan beberapa masalah penyakit tulang belakang pada masa yang sama. Oleh itu rawatan yang diberikan kepada pesakit akan difokuskan pada penyakit lain yang jelas diagnosisnya terlebih dahulu. Tambahan pula gejala sakit cakera diskogenik ini juga mirip kesakitan yang berpunca dari cakera tergelincir. Dengan kata lain  rawatan diberikan mungkin akan tersasar jika penyakit ini tidak dikenal pasti. Kebiasaannya diagnosis penyakit cakera diskogenik ini dilakuakan secara“exclusion“ setelah penyakit tulang belakang yang lain telah di sahkan negatif.

Apakah gejala klinikal sakit cakera diskogenic?

Pesakit akan mengalami sakit tulang belakang yang kronik, biasanya dibahagian tengah pinggang.Sakit belakang secara khususnya bersifat mekanikal; iaitu rasa sakit akan teruja jika pesakit berdiri dan akan jelas berkurangan jika berbaring. Sakit pada pinggang juga akan dirasai menjalar turun ke punggung atau ke peha. Tapi pastinya tidak akan berlaku sakit renjatan elektrik atau mencucuk (sakit saraf) yang menjalar turun kekaki seperti yang biasa dihadapi oleh pesakit cakera tergelincir.Batuk dan bersin juga boleh mencetuskan kesakitan ini jika pesakit berdiri.Pemeriksaan klinikal oleh doktor biasanya tidak menemui tanda yang spesifik selain dari kesakitan pada tengah tulang belakang bila dipicit.

Bagaimana diagnosis sakit cakera diskogenic dibuat?

Biasanya gejala klinikal yang bersifat mekanikal sudah cukup untuk mensyaki bahawa pesakit ini mengalami sakit cakera diskogenik. Kepastian untuk penyakit ini hanya dapat dibuat dengan melakukan procedur suntikan kedalam cakera itu sendiri.Suntikan ini dinamakan “provocative discogram”. Suntikan ini dilakukan didalam bilik bedah dibawah panduan X Ray. Setelah kulit diberikan ubat bius setempat, jarum panjang akan disuntik kedalam beberapa cakera pada tulang belakang. Sedikit cecair “contrast “ atau ubat bius akan disuntik kedalan cakera tadi secara mendadak dan terkawal. Jika pesakit “terkejut” dan merasa sakit semasa suntikan, ini mengesahkan bahawa pesakit itu megalami  sakit cakera discogenik. Sebaliknya jika ubat bius disuntik kedalam cakera tadi maka sakit dari cakera itu akan beransur hilang. Suntikan akan dibuat pada beberapa lapisan yang bertujuan untuk membezakan cakera yang sakit dan yang sihat.

Cabaran rawatan sakit cakera diskogenik.

Biasanya diagnosis sakit cakera diskogenik akan mengambil masa.Ini adalah kerana kebanyakan pesakit tulang belakang yang kronik akan datang dengan beberapa masalah lain dalam satu pakej. Contohnya pesakit mungkin akan mengalami sakit sendi lumbar  facet atau sindrom piriformis pada masa yang sama yang diagnosis klinikalnya jelas dan mudah dibuat. Jadi rawatan pada peringkat awalnya akan menjurus pada kedua-dua gejala klinikal  ini sehingga selesai. Oleh itu secara tidak langsung diagnosis sakit cakera discogenik kan dipertimbangkan kemudian jika kesakitan tulang belakang masih tidak berkurangan.

Walaubagaimana pun ada juga pesakit yang datang dengan jelas gejala klinikal yang bersifat mekanikal tanpa gejala penyakit tulang belakang yang lain.Bagi pesakit ini procedur suntikan  provokatif discogram akan terus dilakukan untuk mengesahkannya.

Rawatan muktamat yang biasa dilakukan untuk sakit cakera discogenik ini ialah pembedahan yang mencantumkan (spinal fusion) ruas tulang belakang tersebut. Kaedah ini dilakukan oleh doktor pakar orthopedik.Biasanya cakera yang sakit akan dibuang dan ruas tulang belakang akan dicantumkan dengan menggunakna beberapa screw. Cantuman akan menghentikan pergerakan pada paras itu dan dengan itu tiada lagi rasa sakit. Kesan susulannya ialah belakang pesakit akan tegak dan tidak dapat membongkok pada paras cakera tersebut. Kaedah lain ialah dengan memasukkan cakera tiruan sebagai pengganti. Kaedah ini mampu melegakan rasa sakit disamping mengekalkan pergerakan tulang belakang.

Apakah rawatan tanpa pembedahan sakit cakera diskogenik?

Jawapanya tetap ada. Kini rawatan untuk gejala sakit cakera discogenik ini dapat dilakukan dengan hanya suntikan sahaja.Teknik ini dinamakan rawatan intradiskal radiofrekuensi. Teknik ini menjadi popular sejak akhir ini dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dikalangan pesakit. Kaedah ini dilakukan dengan menyuntik sepasang jarum kedalam cakera yang sakit pada kiri dan kanan dengan bantuan X Ray. Arus elektrik radiofrekensi pula akan disalur kedua-dua jarum tersebut yang bertujuan untuk meningkat suhu panas ditengah cakera tersebut. Suhu panas ini bertujuan untuk melumpuhkan saraf di dalam cakera tersebut. Apabila saraf ini rosak, maka isyarat rasa sakit dari cakera ini akan dapat  dihentikan. Manakala struktur cakera dan fungsinya dapat dikekalkan. Kaedah ini mempunyai komplikasi yang minimal dan keberkesanan nya mencapai 60-80 peratus. Biasanya procedur ini hanya memerlukan satu atau dua hari sahaja.
Gejala mata dan telinga dalam syndrome sakit sendi facet tengkok (cervical  facet syndrome ).

Penyakit sendi facet pada leher (cervicel facet syndrome ), biasanya pesakit akan memberi gejala sakit sendi tengkok, sakit  pada otot bahu, leher serta  belikat dan juga pening dari belakang naik keubun kepala.Tapi penyakit ini juga boleh memberi gejala yangg lebih teruk dari itu; iaitu gejala kabur mata, berdengung telinga dan juga rasa hanyut dan mudah pitam. Kebanyakan pesakit telah tersalah diagnose menyebabkan kegagalan dalam rawatan mereka.

Gejala sindrom myofascia otot leher dalam arthritis sendi  facet leher (cervical).

Biasanya penyakit arthritis sendi facet leher akan member gejala yang klasik seperti berikut;
1.Sakit sendi facet tengkok, biasanya akan lebih sakit bila kepala di dongak kebelakang atas sambil leher dipusingkan kesisi. Sakit sendi facet akan dirasakan pada sisi yang sama.

2.Sakit  pada otot bahu, leher serta  belikat.Ini merupakan gejala sampingan yang klasik disebabkan oleh keadaan otot yang kejang dan sakit berpanjangan.Ini dikenali sebagai sindrom myofscia(myofascial pain syndrome).Sakit akan lebih terasa jika otot ini dipicit dan sakit boleh menjalar turun kelengan atau jari.

3.Pening dari belakang naik keubun kepala. Kadang-kadang merayap hingga kemata atau kedahi.

Ada juga pesakit memberi gejala sendawa yang keterlaluan terutamanya bila otot pada leher dan belikat dipicit.bBila pesakit rasa pening berserta hanyut, kabur mata dan telinga  berdesing disamping sakit pada leher dan bahu,aktiviti harian mereka terjejas teruk. Pesakit akan risau dan cenderung mengalami kemurungan terutama bila rawatan dari beberapa orang pakar ternyata gagal merawat mereka.

Secara umumnya kesakitan pada otot leher dan bahu(sindrom myofacia) boleh mimik/menyerupai  beberapa gejala klinikal penyakit lain seperti migrin, cakera tergelincir, gejala ENT, mata dan perut. Gejala –gejala pelik ini boleh diaktifkan jika otot –otot tertentu pada leher atau bahu dipicit. Jika doktor merawat tidak arif tentang sindrom myofasca ini, rawatan akan tersasar kerana ianya boleh mengelirukan. Setiap otot memberikan gejala tersendiri yang eklusif. Manakala punca gejala mata dan telinga berdengung  ini adalah datangnya dari otot sternomostoid,pada leher.Otot ini agak panjang bermula insersinya dari tulang dada(sternum) naik keatas hingga ke belakang telinga pada tulang mastoid. Fungsi otot ini ialah untuk menoleh kepala kesisi. Bila berlaku kekejangan dan sakit pada otot ini, ia boleh memberi gejala rasa hanyut, kabur mata dan telinga  berdesing . Ini adalah merupakan gejala klasik jika otot ini mengalami keadaan sindrom myofsacia. Sindrom ini juga biasanya  berlaku susulan sakit sendi facet pada leher sebagai gejala tambahan. Malangnya tidak ramai doktor tahu akan hakikat gejala ini. Banyak doktor dengan mudah akan merujuk pada pakar mata dan telinga untuk rawatan. Akibatnya rawatan yang diberikan tidak membuahkan hasil.

Rawatan yang mujarab.

Oleh kerana punca gejala mata dan telinga berdengung  ini adalah datangnya dari sindrom myofascia otot sternomostoid,dan keadaan ini  merupakan susulan (secondary) dari sakit arthritis sendi facet pada leher, maka rawatan radiofrekuensi pada merupakan rawatan yang utama. Gejala klasik sendi facet leher sepert  sakit tengkok, pening, sakit pada otot bahu akan beransur hilang selepas rawatan ini. Manakala gejala mata dan telinga juga akan beransur hilang dalam beberapa hari. Malah kebanyakan pesakit merasa kelegaan besar pada keesokan harinya.

Disamping itu otot sternomastoid juga kan disuntik samada dengan ubat bius(trigger point)  ataupun kaedah suntikan radiofrekunsi. Biasanya pesakit akan kagum dan sukar percaya kerana masalah mata kabur dan telinga berdengung tiba-tiba saja hilang dalam beberapa saat selepas suntikan.”macam silap mata” kata mereka...

Sunday, June 17, 2018

Salam doktor, sy hadapi masalah slip disc L4,L5. Skrg mula x selesa di bhgn S1 dan juga cervical. Simptom yg selalu sy alami spt gastrik, tgn kebas, rahang spt tersekat, mata kabur..yg mana bila sy cek, tiada masalah dgn jantung. Sy ada terbaca di fb doc ttg semua simptom2 ni bole terjadi akibat masalah di tengkuk. Mcm mana cara utk buat appointment?..

Jawapan dr nizar.

Majority pesakit tulang belkang ie slipped disc pinggang akan kena juga pada bahagian tengkok. .and vice versa.. . Just matter of time .
Semua symptoms u tu refer to sakit sendi facet tengkok .. Its part of degenerative spine disease.
Saya rawat pesakit mcm u ramai tiap bukan 30 kes in average.. Dari seluruh msia. Dr lain kurang arif tentang penyakit ni kerana ia mimik penyakit lain ie sakit jtg.. Ent problem.. Gastrik.. Migraine ...gangguan penglihatan.. Etc.
Boleh datang clinic saya di kpj sentosa jln cemur off jln pahang kl 10-1pm isnin n selasa.

Radiofrequency injection of cervical facet joint. It is done under xray guidance. So it means safe n accurate.


Friday, June 1, 2018

Salam dr sye umo 30 dua tahun lepas sye ad masalah kepala berpusing.dan sye ad jmpe pakar dan doktor mengesah kn vertigo.setahun jgk sye menahan rase melayang kepala nei.laps tu masok tahun kedua kepala melayang sye dh ok sekejup tapi x lame dlam sethun lebih je.dan baru2 nie masalah kepala berpusing tu dtg balik.tapi dgn lebih teruk skit.klu sye berada di tempat yg ramai orng sye akn tak balance berdebar dan kepala berpusing.dan baru nei sye ad terbaca blog dokter yg masalah tengkuk  kronik bole terjadinye masalh kepala berpusing telinga berdengung tak balance dan macm2 lagi.dan kesemua simtom2 tu ad kt dri sye.leher sye pun ad sakit di bahagian belakang sampai naik ke umbun2.klu bole tahu selain dekat kpj kl ad tak rawatan radiofrekunsi di hospital swasta di johor doktor
Mintak tolong doktor sye rasa mood sye dh down bile pikir masalah penyakit sye nie

Jawapan prof nizar.

Awak mengalami penyakit cervical facet syndrome. Sejenis penyakit sendi tengkok yg kronik.
Ramai pesakit mcm u saya rawat dgn suntikn rf effective Insyallah terbaik.
Dengan teknolog rf dan teknik yg betul. Semua gejala penyakit ni boleh di rawat. Kelegaan yg besar dapt dirasakan keesokan hari nya.

Injection laser PLDD for treating lumbar slipped disc


Slipped disc? Do not simply agree for surgery. Laser inj PLDD is one of best good option


13.3.18 buat inj rf dgn doc nizar utk sakit sendi facet tengkok
Sakit ni cukup menyiksakan...  pening hanyut,hilang keseimbangan,mata kabur,telinga bedenyut,duduk ngan ramai2 org pun tak boleh,otot sakit,belikat sakit,tangan kiri lenguh,jari kebas...sakit facet joint..huu..huu.

Rf injec c1..c2..c3.... alhamdulilah hilang pening dan keseimbang.....dah boleh bekerja seperti sediakala...terima kasih doc beri kehidupan semulaaaaa